Click here to Shopping at

Saturday, June 25, 2011

Patin tempoyak + peria ikan masin

Menu ringkas hari ini hanya 2 lauk.. simple, ringkas dan mudah....

Pertama Ikan patin tempoyak, pepagi lagi my hubby g pasar beli bahan2 nk masak ni... ikan patin sekor, tempoyak satu bekas, bunga kantang 3, daun kesom seikat, kunyit hidup, cili kecik dah ade kat umah... dia pegi pepagi tu sbb nk g kerja lak pastu..bukan la kitorg ni nk buat mkn breakfast yer...hehe...

 inilah dia ikan patin masak tempoyak....

oleh kerana masak ini amat simple dan mudah, sudi la kiranya sy nk berkongsi cara memasaknya...hihi....
1st, basuh ikan bersih2 ngn gandum or air asam, then buat kuah dia... blend cili kecik 10-15biji +1inci kunyit hidup + tempoyak (lg byk lagi kaw...hehehe) saya taruk 1bekas yg org jual taufu fa tu... pastu masak bhn yg dah blend ni air ikut suka cair cmne kita nk la, biarkn mendidih masukkan ikan yg dah bersih td, biar mendidih lagi masukkan 3 btg bunga kantang yg di belah 4 atau di potong serong2 + daun kesom 5-6 batang kot... then masuk kan garam... biar masak, pastu rasa la.. sedap??? bole la belasah... senang jer kan...

ini peria goreng + ikan masin...hehehe...yg ni lagi sng...

potong ikn masin nipis2, potong peria nipis2 (dlm 1cm kot, kalo nipis sgt nnt lembek lak), potong cili besar nipis2 (kalo nk pedas selit la cili kecik 3-4 bj hihi), potong bawang nipis2...senang jer kn???

then goreng ikn masin tu dulu, kalo ade ikn pekasam lgi best..., pastu goreng bwg dulu, then goreng cili, dh nk garing bwg n cili tu br masukkn peria sbb peria xyah masak2 sgt, nnt xde la khasiat nyer pulakkn.. kalo peria katak (peria kecik) lg sedap n xyh msk2 sgt, kalo peria yg besar tu kne la msk tul2 kan pahit lak nk makan...ihiks..

then, taburkan bwg, cili, dan peria atas ikn masin td... seperti gmbr diatas...yummy3x..

itu la dua lauk yg menjadi hidangan kami hr ni...

Thursday, June 23, 2011

Nasi Lemak Oh Nasi Lemak

ini menu hujung mgu hr tu.. hari sebelum nya, masak nasi ayam tp xsempat amik gmbr, dh selamat...hihi... then mama teringin nk makan ns lmk pulak, kebetulan lak santan dh ade kt umh.. so on jer la...hihi... tp xsedap sgt sambal dia..huhu... biasa la, 1st time try kan...ihiks... jom layan gmbr...


 ini la sambal yg kureng sdp tu, maybe cili boh tu xsedap kot... mama guna cili boh jer, xguna cili kering...kalo guna cili kering blend sendri lg sedap kot... xpe next time lak ek... 
kali ni mama buat sambal udang sbb udang je ade kt umh masa tu...hehe.. biasa la masak xplanned, so ape yg ade jer ler...
 Nasi nyer... sedap, lemakkkkkkkk.....

telur rebus ni tambahan lauk takut xcukup udang yg hanya bbrapa ekor jer tu...hihi... yg bestnya telur2 ni pulak telur kenduri kwen...hehehe... ulam-ulaman wajib ade, xkesah ulam ape pun, jji ade...

ikan goreng wajib ade sbb my heroes suka ikan "kerak". maksudnya ikan goreng garing.hihi... ade ikn ni, abg mkn byk ler...suka sgt tgk dia mkn byk.. :)

hahaha... lauk ni mane leh tgal, penyedap meal... penambah lauk, pembuka selera...ihiks... keropok... org johor pun sudah jatuh chenta ngn keropok...hehehe

Ini lah meal for lunch weekend hr tu.... selamat menjamu selera dan mmg dh selamat pun...hehehe...

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa, Papa...

Sempena hari bapa tahun ni, sama gak seperti thn2 lps xde celebrate ape2, cuma kdg2 ade present yg xplan, kebetulan dkt2 ngn hari bapa terus jd hadiah tuk hari bapa....

Tapi hari bapa pd thn 2006 mmg sgt bermakna bagi aku n lebih2 lagi my hubby la.... pd thn tersebut la dia diiktiraf gelaran "bapa" sempena kelahiran ank pertama kami, Muhammad Azizul Hakim yg lahir 2week after fathers day.. kira sempat lagi la tu kan....

 ini la Azizul Hakim bersama Tok Ngah yg br beberapa mnt kuar dr perut mama..hihi...

 Azizul Hakim 3day di dunia ini...

 Botak!! Once bergelar papa, malam tu jugak tunaikan nazar botakkan kepala... mama n Azizul masih kt hospital lagi....

 5days be papa... dah start keje masa ni, xthn rindu kat ank, balik tghri nk tgk ank.. terus xmasuk2 office that day... :)

 Kasihnya papa selama-lamanya....

Begitu jugak pada thn ini, insyaAllah, gelaran "papa" masih sama cuma tambah lagi satu paku di bahu tu.. :p tgjwb smkin bertambah dgn hadiah sterusnya, ank ke3 kami yg bakal lahir..hehe..

However papa, thanks be a good papa to our kids, w/pun papa garang jugak sometime but diorg slalu rindukan papa..semoga papa dimurahkan rezeki dapat kerja yg leh duk sebumbung ngn family...

Papa, jadi la papa yg hebat tuk ank2 dan bakal ank2 lagi...hihi... cm ramai jer lagi nk tambah ni.....ihiks..



Salam Jumaat : Dosa yang lebih berat dari berzina

Lagi satu cerita yg boleh dikongsi bersama....

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan ######, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya . Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengQadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).
Wallahu’alam
 

Salam Jumaat : Betapa Mudah & Sulitnya...

Saya copy dr email Salam Jumaat yg saya terima mgu ini... sama2 kita berkongsi...

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!
 
Betapa lamanya kita rasa melayani Allah selama lima belas minit;
namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem 1 jam.
 
Betapa sulitnya untuk kita mencari kata-kata ketika berdoa (spontan);
namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang.
 
Betapa asyiknya kita apabila pertandingan nyanyi dipanjangkan waktunya;
namun kita mengeluh khutbah di masjid lama sedikit dibaca dari biasa.
 
Betapa sulitnya untuk kita membaca satu muka Al-qur'an setiap hari;
tetapi betapa mudahnya kalau membaca 10 halaman dari pelbagai facebook, blogs & websites setiap hari.
 
Betapa beria-nya orang duduk di barisan depan dalam pertunjukkan menarik, konsert atau hiburan lara;
namun lebih senang berada di saf belakang ketika berjemaah di Masjid
 
Betapa sulitnya untuk kita menyediakan waktu untuk solat 5 waktu;
namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu saat terakhir untuk events yang menyenangkan.
 
Betapa sulitnya untuk kita mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an;
namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.
 
Betapa mudahnya untuk kita mempercayai apa yang ditulis dan disiar disurat khabar & TV
namun betapa mudahnya kita lalai apa yang dinasihatkan oleh Al-Quran.
 
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya
namun betapa beraninya kita melengahkan untuk menghadapNya disaat dan selepas azan bergema.
 

Saturday, June 18, 2011

Pusat Rawatan Keluarga Al Farabi Kuantan - Check Up 1

Memandangkan my hubby nyer company cover insurance tuk maternity, maka aku ingin la menggunakan peluang tersebut tuk bersalin di private hospital. kalo guna duit sendri, sayang lak nk spend ribu2, baik bersalin kt GH jer...hehehe..kede tul la kan.. ye la, bersalin mana2 pun sama jer sakitnya kan...

Maka dgn itu, aku memilih tuk bersalin di PRK Al Farabi ni, sebab utama dia islamik, senang.. xyah nk pikir2 sure ikut guideline agama Islam, sbb kedua murah, cukup ngn cost yg insuran cover tu...

Pastukan yg best pasal klinik ni actually hospital la kan... lepas kita bersalin (bg yg muslim la) dia terus buatkan:
1) Bertahniq (belah mulut baby) ngn kurma dan air zam2
2) Bersihkan uri siap bungkus dlm kain putih ngn asam dan garam
3) Dia sunatkan kalo bby pompuan....

Best kan? Bilik dia pun nmpk sgt menarik sbb dia br pindah ke bangunan br, jd semua bilik dgn kelengkapan baru...hehehe....

Dr dia pun sgttttt la baik, 1st check up aku kene ngn Dr Syafini, lembut dan baik sgt orgnya...

itu ajer la dulu, doakan saya bersalin ngn lancar dan mudah...insyaAllah....

Friday, June 17, 2011

Hah ambik ko...3hr berturut2

sejak dua menjak xbekerja ni, kene lak my hubby kene outstation kt Kemaman mmg satu rezeki la...hehehe... rezeki kami utk berdating... pagi2 hntr ank ke sekolah, mama ngn papa ape lagi dating la...

My hubby mmg suka tgk wayang, so aku layan je la, lagi pun tgk wayang adalah aktiviti yg sgt merehatkan, xyah jalan byk2, duduk je dlm econ, smbil minum dan mengunyah..best kan? kene pulak dpt berkepit ngn org tersayang kan...

Rabu, my kids xg sekolah sbb kitaorg ikut my hubby menginap di Residence Inn Cherating, ptg check out ajk ank2 g tgk wayang citer cartoon ape tu.. lupa lak nama dia..

Khamis, lepas ank g sekolah my hubby ajak dating, dh lama xkuar berdua kan..ape lagi tgk wayang lagi citer Green Latern..best gak citer tu...

Jumaat, pas anta ank g sekolah, papa anto mama g check up kat Klinik Al Farabi, check up jap jer, pastu g tgk wayang lagi... citer Super 8. citer ni pun best gak.. kira ok la kalo aku tgk wayang xtido, that mean citer tu best la....hihi... leh cm tu?

Malam ni papa ade solat hajat dan doa selamat kt tempat kerja dia di Kemaman Port....

Ok la, Amirul Haziq dah meragam suh mandikan dia sbb dia yak-yak... td mama suh dia mandi xnak...

Monday, June 13, 2011

VIDEO: Amirul Haziq Muncung

Jom saksikan video gelagat si Amirul Haziq.... setiap kali tgk video ni, mama pasti tersenyum sorang2...hehehe....


klakar kan si Mirul ni... cm ne la dia nnt bila dah ade adik nnt kan....

JJCS Musim Kedua Tamat

JJCS (Jln2 cuti sekolah) tamat tanpa ade keseronokan yg mengujakan my heroes... but saya percaya, as long as bole spent their time with mama n papa and grandparent, sure diorg happy...

Si Amirul Haziq bile tgk semula video yg mama rekod kt umh tok umi dia, dia dah pandai sebut2 nk g umh tok umi lagi "mama, g umh tok mi.. jom...jom... umh tok umi... jom..." sambil menarik tgn mama... sedangkan kami semua kt umh Tok Bah kt KL masa tu...hihi... cm umh tok umi dia tu sejengkal dr situ jer...

Planned asal, kami mahu stay di KL till next week, memandangkan mama xnk jauh dr papa, risau jika tiba2 nk bersalin, mama kt KTN, papa rushing dr KL lak.. so plnned nya ank2 ponteng sekolah semgu w/pun sekolah dh start kan... then balik sekaligus on saturday 18jun, papa amik cuti terus till mama bersalin, then ank2 masuk school on 20hb... tp itu hnya perancangan mama, perancangan Allah lebih baik...

Khamis malam (9hb Jun) papa dpt call kene gi KSB (Kemaman) dh dekat ngn Kuantan, so Jumaat kami semua balik Kuantan... it better sbb mama mmg nk bersalin di Kuantan kan...

So my heroes boleh g sekolah cm biasa, xde ponteng2 kelas lg....Papa pulak xde la cuti awal, still bekerja di Kemaman, Mama pulak berada di Kuantan bersama Papa jugak... Alhamdulillah... Sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik.... Allah fulfill semua kehendak kita... tgal kita perlu sabar je sikit....

Thursday, June 9, 2011

JJCS Musim Kedua (1)

Cuti sekolah kali ni mmg best sbb Mama dh xkerja, cuma penat la sbb dah sarat sgt.... lg 2,3 mgu nk meletup.. InsyaAllah semua selamat...

Last weekend, Mama n heroes ikut Tok Umi balik kg, Marang..3 hari kat sana, Papa turun dr laut g Marang amik kitorg... pastu this week pulak ikut papa masuk kerja di office di KL, hehehe... berjalan saja mama ni kan? 

Duk kat kg, aktiviti mama makan jer la... makan n tido, tido n makan...ihiks... pastu balik Kuantan on Monday g check up, naik berat 1.6kg... nurse pun pelik... tp bila dberitahu br balik dr kg, dia pun ckp itu mmg logik naik mendadak sbb tau doh, kalo blik kg akan mkn dgn byk lebih2 lg dh nk bersalin ni sbb, dh tau nnt 2bln kene berpantang...hihi...tau xpe..

Aktiviti bdk2 ni pulak cm biasa la... g kedai, g kedai, g kedai... cm ni slalu leh bankrupt mama ni...huhu.. abang cm2 la aktiviti dia, sampai melecet kaki tersepit basikal... ala.. biasa la tu, nk jd bdk kg kene lasak sket kan, mama masa kecik2 lagi teruk...hehehe...bdk nakal, xdgr ckp mak.. so dh besar ni br tau malu, parut sana sini... setiap parut tu ade kenangan tersendiri tau...

Xlama pun duk kg, Jumaat mlm sampai sana, Ahad mlm dh balik semula Kuantan sbb Selasa, papa dh nk masuk office di KL... Monday kami just settle ape yg patut di Kuantan...mlm nya gerak ke KL.. Alhamdulillah, perjalanan sgt lancar...

Ape2 pun sgt seronok dpt balik kg...itu sudah semestinya kan?...hihi... 

Ok, nnt kita sambung crite2 di KL lak k....

Tuesday, June 7, 2011

First Time Ajar Amirul

Time2 cuti ni, mama xla strict sgt ngn anak2 suh blajar, tp xde la sampai lupa buku terus... so ade masa sambil main2 dan tgk2 TV tu mama suh la si abg n adik amik buku mama ajarkan...

Abang dh bole bg kerja, then dia buat sendri..sementara tu mama ajar la si Mirul ni...

Biasa la buku budak2 kecik byk gmbar2 kan... kebetulan masa tu tunjuk gmbr kt market... ade la tomato, potato, chili... mama pun tunjuk gmbr tomato sambil bgtau "adik.. ini tomato.. sebut TO-MA-TO"
Tapi si adik adik ckp ape tau... "bukannnnn.... apple la...." kalo cm ni, sape yg ajar sape ni ek???

Pastu mama tunjuk gmbr belon, dah buku bahasa inggeris, mama ckp la... "balloon" then si Mirul cakap ape tau...? bukan... "belon la"... huh... Mirul..Mirul..

Mmg Si Mirul ni susah nk di ajar sbb dia nk kita ikut ckp dia....

Skg ade mende br lagi satu.. bab bersiap2, mandi dan uruskan diri..sume nk buat sendri tensen mama... sbb lagi lmbt ler...

Contohnya; kalo gosok gigi, xnak mama tolong dah skg, nk gosok gigi sendri... kalo mama ckp "adik.... kasi la mama tolong"... dia jawab "xpe la.. ilol (ilol =Amirul la) tolong..." uhuks... kalo dia kasi mama tlong gosokkan pun, dia yg arahkan mama gosok tang mane, tang mane gg dia tu, "ma.." sambil dia tjuk gg dpn dia suh mama gosok, then "mama" sambil dia nganga suh mama gosok kt atas la... macam2 si Mirul, mama mmg kene pandai psiko, kalo x, mama yg tensen ooo....


Tu br kt bilik air, lum masuk bab pakai baju lagi... skg dia sendri pilih bj mana dia nk pakai, dia amik sendri bj dr laci pakaian dia, amik pampers dia sendri... yg harunya... kalo malam dia nk pakai baju siang, seluar pendek or singlet... haru tul la nk pujuk dia pulak...

Pastu, pakai baju, xnk mama pakaikan dah, nk pakai sendri... pastu mula la yg depan ke blakang, yg blakang ke depan... cm ner nk buat tu...? Mama nk tolong xnk kasi...uhuks... sabar je la... Adik Mirul kan dan nk jadi Abang Mirul....

Tu je la, kisah si Amirul Haziq, actually post ni dah lama buat tp xleh nk post sbb internet slow melo, pastu kene barred lak...ihiks... pastu mama blik kg lak, langsung xsempat nk bukak blog...so hr ni la br mama berjaya postkan....

See u next entry, berjalan bersama mama di akhir2 pregnancy ni...hihi....

Wednesday, June 1, 2011

surirumah lagi busy ker???

alamak.. dah jd full housewife pun blog lmbt update jgk?? itu la membuktikan suriurmah lg busy dr org kerja...
faktor utama yg menyibukkan mama sure la bdk be2 yg suka nyibuk tu... huhhh.... 1st day spend time sehari suntuk ngn diorg ni pun dah macam cabaran dan dugaan yg ditempuhi..lebih mencabar adalah cabar minda dan emosi la.... fizikal pun ye jgk ngn condition mama yg mcm ni kan...

hr pertama cuti sekolah yg merupakan hr pertama mama duk umh ngn bdk be2 ni, mcm2 hal berlaku... ade yg buat mama tersenyum sendri, ade yg buat mama hangin...

yg buat mama senyum sendri: 
1) diorg bgun pagi, menyibuk kacau mama kat bilik, sambil melayan FB mama dgr perbualan mereka...

Abang dgn ngada2nya nangis ala2 baby gitu...." huhuhu... nk uchu..nk uchu" (nak susu)... eii nyampah nye la mama dgr lakonan cm tu...abg jd bby, adk jd ibu.. bila abg nangis, adik pun usap2 abang, suh diam... "nape, shuu..shuuu... angan angis ye..." pandai pulak diorg ni berlakon kan...
Pastu mama ckp "abang.. xde lakonan lain ker abg ngn adik bole buat, asik2 jd ibu ngn ank, abg lak tu jd bby, adik jd ibu, abg xmalu ker, main2 berlakon cmtu, xmacho langsung... tgk muka abg n adk ensem skali main berlakon ank2 ngn ibu... itu mainan bdk pompuan la bang... bdk pompuan xpe main cm tu, sbb mmg naluri perempuan ade sifat lembut dan keibuan.. abangkan macho, cuba berlakon jd doktor ngn pesakit ker, jd polis ker, jd bomba ker... macho sket...."... 

usihhh... panjang lebar mama bebel kat diorg ni...diorg faham ke x, mama peduli ape, yg penting mama puas hati ihiks....pastu abang leh jawab lak...

"mama, kan ade jugak baby lelaki, Azizul jd baby lelaki la ni...."

uhuk..uhuk.. sabar je la yer.. ade aje jawapan dia... xlama pastu mama dgr lagi dialog diorg..

Adik ckp "nak susu..."

Mama pun "ape???? nak susu??? pepagi dah nk susu?? (mama malas nk buat la tu..hihi)"

Pastu abang ckp "bukan la ma, adik mntk susu ngn abang la.." sejak bila pulak abang pandai buat susu adik ni?

oooo.. rupa2nya diorg ni main lagi lakonan td, tp kali ni si adik jd baby dan si abang jd ayah pulak....

siap berlakon bancuh susu, then kasi si adik minum, si adik pun sama, siap berlakon minum susu sampai abis... ishhh.. kuat tul imaginasi diorg ni kan...

itu baru satu aktiviti diorg yg buat mama senyum sendri...

nnt mama citer byk lagi ek...



Iklan jap... :)

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

My 1st hero

Lilypie Kids Birthday tickers

My 2nd hero

Lilypie Third Birthday tickers

My 1st heroin

Lilypie First Birthday tickers