Click here to Shopping at

Showing posts with label Mensyukuri nikmatNya. Show all posts
Showing posts with label Mensyukuri nikmatNya. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Syukur padaMu, Ya Allah...

Tadi terdetik nk check email dan hasilnya....

Tiada kata dapat di ungkap, tiada mimik selain senyum apabila melihatkan ini....


Ya Allah, hanya padaMu aku serahkan rasa syukur ini, tiada yg lain lagi hebat drMu, sesungguhnya 1 musibah yg datang itu di balas dengan nikmat dan rezeki lagi berganda.... sesungguhnya setiap yg berlaku ade hikmahnya...hanya perlu sabar dan yakin dengan Nya...


Mungkin bagi org lain, ini perkara biasa, tp ia sesuatu yg amat mengujakan bagi ku.... yg amat menggembirakan sgt2... seperti mana gembiranya mendapat ank perempuan pd 29Jun2011

20 May 2011- terima berita yang amat pedih, tidak boleh diterima, namun sokongan sekeliling yg kuat, tabah hadapi....

29 Jun 2011- Allah ganti dgn berita yg amat apabila bersalin anak perempuan yg mmg dinanti2kan...

24 Nov 2011- Ekoran kejadian 20 May 2011, Allah gantikan lagi dengan berita di atas...

Oct 2011- Mula berjinak dgn bisness dan mula nmpkkan hasil, juga ekoran berita sedih 20 May 2011 juga, itulah hikmah kejadian dan perancangan Allah is THE BEST


Syukur padaMu Ya, Allah....

P/S: Tiada niat membangga diri, cuma berkongsi gembira dan tanda syukur dgn rezeki dariNya...

Sunday, January 23, 2011

Dia Maha Pendengar, Maha Pemberi, Maha Penyayang....

I have something to share, miracle stories;

Cerita pertama:
14 Jan 2011- 830pm, aku n hubby kuar ke restoran utk berjumpa ID seperti yg dirancang, ID utk rumah baru kami, dlm perjalanan ke restoran yg hanya 5km dr rumah, tiba2 aku terpikir sudah hampir 3mgu hubby turun laut (xkerja), aku tau,jika lebih dr 3mgu, dia akan mula risau kalo xkerja, aku pun risau sbb xde ape2 call yg diterima dr ofice dia, dlm kereta, aku menadah tgn, berdoa (tanpa huby ku disebelah sedari) mintak pada Nya agar hubby dipanggil kerja semula, xsempat sampai ke restoran yg hnya 5km tu, hubby ku terima call dr officenya mnyatakan dia dikehendaki lapor diri pada Isnin 17 Jan. it was amazing, miracle... Dia mendengar ape yg aku pinta, terharu, malu dengan kelalaian diri dlm melaksanakan perintahNya

Cerita kedua:
18 Jan 2011, terbaca di wall FB my fren, Alin menyatakan berat melepaskan hubbynya akan ke laut dlm keadaan dia sarat mengandung, aku sgt faham perasaan dia, sbb aku pernah alami, hubby ku mula bekerja dilaut semasa aku sarat 5bln ank kedua, pemergian pertamanya 2bulan 2minggu, dia balik aku dah sarat hampir 8bulan, hny tgu masa utk bersalin, mmg sgt sedih, namun demi keluarga, kami berkorban... aku bersedia hubby ku kerja laut utk 2thn saja, tetapi apakan daya, belum ade rezeki kerjanya didarat, namun aku tdk putus berdoa memohon agar hubby ku diberikan rezeki didarat... hari berganti hari, minggu berganti mgu aku berdoa, memohon pada Nya.. makin aku mengadu padaNya semasa aku hebat dilanda alahan pregant, 2kali pengalaman pregnant yg lepas tdk seteruk ini, menangis2 aku mengadu padaNya, berikan hubby rezeki didarat agar kami berdekatan...
Lebih kurang 1-2jam selepsa membaca dan komen di wall sahabatku, hubby ku call, ceria dia menyatakan doaku dimakbulkanNya, dia diberi jawatan baru dan tidak perlu ke laut lagi sperti biasa...Ya Allah, berita yg sgttttttttttt mengembirakan aku, Ya Allah, Kau mendengar luahan hamba Mu yg kerdil ini...sekali lagi aku terharu dgn pemberianNya dan aku malu dengan kelalaian yg kadang kala lupakan perintahNya...ampunkan aku Ya Allah...

Sahabatku sekelian sesungguhnya kita amat beruntung sbb kita ade Dia, Dia tdk pernah lupa kita, walaupun sekian lama kita lupakan Dia...yakinlah Dia Maha Penyayang, setiap kejadian samada sedih atau gembira pasti ade hikmahnya...INsyaAllah....

Saturday, January 1, 2011

Rezeki di tahun 2010

Saya mulakan dengan sebahagian kecil petikan di ambil daripada Zaharuddin Abd Rahman di website beliau www.zaharuddin.net

MAKSUD REZEKI DALAM ISLAM
Bagaimana sebenarnya maksud rezeki di dalam Islam?
Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam.  Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.

Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pemurah, suka saya berkongsi pengalaman saya sepanjang tahun 2010, apabila di flashback semula dari awal tahun, bermacam2 rezeki Allah turunkan kepada kami. Saya sekadar berkongsi, insyaAllah saya tidak termasuk dalam golongan orang yang riak.

Saya bercerita dari mula...pengalaman membuat Master pd Jan 2007 dengan berstatus isteri dan ibu adalah pengalaman yg amat sukar untuk dihadapi, namun Allah Maha Penyayang, Dia kurniakan suami yg sgt supportive, keluarga yg memahami, ank yg sht dan kwn2 yg baik. Pada masa tersebut  rezeki tersebut tidak disedari, tdk dihargai, yg terlihat kesusahan, kepayahan, semua dirasakan ujian yg hebat dr Nya, ditambah pula, mndpt SV (supervisor master) yg sgt busy orgnya.. perasaan jeles dgn rakan2 lain yg mndpt SV yg ambil tahu, SV yg byk membantu, perasaan mrh pd SV mbuak2, tensen.. Namun Alhamdulillah Dia masih syg kan hambanya, masih mngingati Dia dikala tensen.. itulah hikmahnya apabila tensen, sekurang2 kita igt akn Dia...
Awal 2007 membawa ke akhir 2008, master masih terumbang ambing, 4 semester makin berakhir, slps ini yuran perlu dibyr sendri, tiada lagi sponsor, Dec 2008 pula, bakal menerima cahaya mata kedua... bebanan master yg belum siap ibarat batu besar diatas kepala... 2008 berakhir.... kini  dengan 2 chy mata, yuran tdk ditanggung lg, harus bekerja utk menampung yuran pengajian, lg sekali Allah Maha Pemurah, rezeki kerja ditempat belajar juga, namun makin susah utk bahagi masa, dgn 2 ank, nk siapkan thesis, kerja, suami di rantauan.... amat perit tapi demi master, aku harus habiskan, malu pada keluarga, malu pd suami, malu pd ank2 andai master sy setengah jln...
2009..penuh dugaan.. sehingga 1 @ 2 am masih dirumah SV utk siapkn thesis, 8am harus masuk kerja dgn uruskan 2 org ank, rezeki Dia lg, dikurniakan ibu mentua yg sgt mbntu..setiap hr, 5 kali sehr, aku berdoa agr thesis ini segera SIAP, SUBMIT...tapi itulah hikmahnya, andai thesis SIAP awal, adakah aku masih mendekatkan dr dgnNya? belum tentu...namun ia tdk disedari pd masa itu, thesis pending sehingga akhir 2009... SV pergi mengerjakan haji pula, pending lg.. tahun baru 2010 bermula...Sesungguhnya perancangan Allah sgt indah, sgt teratur, tiada siapa menyangka.. 
Dia pending sbb Dia nak bg sekaligus di tahun 2010:-
1) 19 March - Alhamdulillah, thesis submited...speechless, almost 3yrs waiting for this...
2) 18 April - Company tmpt kerja saya berjaya registered...insyaAllah, permenantly kerja disini, xperlu susah2 cr kerja lg
3)    May - Process refinance rumah selesai, dpt sedikit lebihan, utk siapkan rumah umi di kg
4) 9 July - Viva master dengan sgt2 mudahnya...dijangka 2jam, namun hnya 35mnt, dipermudahkan olehNya, setelah susah pyh menyiapkan thesis hmpir 3thn
5) 9 Sept - Rumah umi di kg siap, Allah makbulkan lg umi sy dpt beraya di rumah baru dia..Alhamdulillah
6) Oct   - tercapai impian, Convo with hubby and my 2 heroes..semua ini rezeki dr Nya
7) Nov  - Rezeki lagi.. rezeki paling besar... tdk disangka-sangka... positive bakal tmbah pewaris ke3...insyaAllah

Ya Allah, sungguh byk kurniaanMu, sungguh besar rahmatMu, ampunkan hambaMu ini, dikala terlupa akan Mu Ya Allah.. sesungguh, hambaMu ini sgt berasa malu, tiada setimpal kurniaan yg Kau berikan dengan apa yg hamba Mu ini laksanakan... Ampun kan aku Ya Allah...

Kepada pembaca semua, nilai sebaik2nya, carilah seluas2nya, pasti tidak terhitung kurniaanNya pd kita, samada kita sedar atau tdk...sama2 berkongsi...

Friday, December 31, 2010

Closing 2010 & Opening 2011

Hari ni Jumaat 31 Dec 2010...last day in 2010... seeloknya kita flash back balik, ape yg dh kita buat sepanjang tahun ni, samada kita berpuas hati? merasa cukup dgn kebaikan yg kita buat? atau kita ingin memperbaiki lg...?
Jom la kita sama2 reset semula target kita tuk tahun depan..lebih2 utk diri aku sendri la... semoga jd lebih baik..hihi.. nape xbaik ke sblm ni? huhu.... sendri mau igt la..
Target aku thn br ni:-
1) tambah ank...huahaha... (itu jugak target yg pertama dia ni...)
2) jadi mama yg lebih alert pendidikan ank2 (xnk hrp kt cikgu semata, nk ajr ank kat umh jugak..tp cm xde masa jer...huhu.. xpe aku try...)
3) oo.. lupa lak.. nk full breast feed ank aku nnt...insyaAllah, Allah perbanyakkan susu aku...
4) Decorate my dream house..huahaha.. (sampingan je ni)
5) Nk aktifkan pasaran cookies aku and belajar buat kek pulak... insyaAllah sempat...
6) alahaiii...yg ni ler target yg takut nk set, tunaikan permintaan hubby ku yg terchenta... further phD...insyaAllah akan ku tunaikan, samada lmbt atau cpt, pasti aku akn tunaikan
7) dah la kot, byk2 target nnt xtercapai lak kan...
8) eh.. tertinggal satu yg penting.... nak KURUS (<60kg) hihihi..... (tiap2 thn target, tp lum tercapai lg....huahaha)

Sama2 la kita berusaha mencapai target kita... chaiyok3x

semoga berjaya....

Iklan jap... :)

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

My 1st hero

Lilypie Kids Birthday tickers

My 2nd hero

Lilypie Third Birthday tickers

My 1st heroin

Lilypie First Birthday tickers