Click here to Shopping at

Sunday, October 23, 2011

Selsema bayi di bawah 1tahun

Aslkm... ni kisah pasal my baby Nur Aleesya Humaira kene selesema dah 2 hari.. siang ok sket tp malam mmg kesian ler...hidung tersumbat, so xnak minum susu...mama pun bengkak la cik B... :p

Kisahnya terkena selesema dan batuk adalah akibat berjangkit ngn Muhammad Amirul Haziq yg merupakan abang yg sgt penyayang...huhu... last week Amirul yg dpt demam, batuk dan asma yg agak teruk setelah setahun xkene asma.... jdnya dia pun asik bermanja2 la... bukan manja ngn mama jer, ngn adik pun.. pantang lepa, mesti nk kiss adik dia, nk tido sebelah adik dia... mama marahkan touching lak, maklum la org tgh demam kan..huhu..

Kiss adik lak, bukan kiss biasa2... kiss mulut, kiss hidung..lama2 lak tu....ishh..yg mama ternmpk leh larang2...yg xsedar tu...bukan ape... ape yg ditakutkan mama adik berjangkit ngn dia dah jd kenyataan dah..huhu...kesian baby sbb she too young, xtau nk hembus hingus so hidung tersumbat xleh minum susu... mama n papa nk sedut hidung pun xreti sbb hidung dia sgt kecik, maklum la baru 4 bulan kan dia...

Bila dgr dia batuk kesian sgt, tp sekali2 dgr cm comel jer baby batuk, cute jer..hahaha... hidung merah sbb selsema pun nmpk sgt comel..hihi... teruk tul mama ni kan..

Tapi alhamdulillah..td mama tanyakan pendapat kat wall "Kumpulan Ibu2 Mnyusu di Facebook".. Alhamdulillah mndpt respon yg baik dan beberapa petua...

1) suh sapu kunyit kat batang hidung or dahi bole hilangkan tersumbat hidung tu
2) Jumpa pakar kanak2 sb takut kalo bukan pakar kank2, DR tu kasi ubt ikut bdk dah 1thn ke atas... bayi bwh setahun lain ubat2 yg bole amik dan xbole amik...
3) Kasi madu instead of kasi ubat batuk... tp ade sorg mummy tu ckp jgn kasi madu takut botulism, bole bawa maut... ish takut dgr.. xnak kasi dulu la
4) sorg lagi mumy ckp, jumpa DR mntk drop spray hidung and mmg sah bby bwh 2year xleh amik ubt selsema...
5) Utk mnyusu baby yg tersumbat hidung ni, kene nyusu up right position...hehehe...cm ner tu? kalo bby BF (breastfeed) xde masalah, tapi kalo guna botol agak susah la kot....Tapi si Aleesya mmg selau minum susu cm tu kalo hari2 dia buat perangai nk tido, maklum la dia suka meniarap tp pada masa yg sama nk nyonyot....mmg haru kan?? hehehe...

Ok la kawan2... nk share yg tu jer.. at least kan ....tapi kalo ade yg tahu petua2 lain lagi, kongsi la ngn saya jugak..thanks....

Saturday, October 22, 2011

1 entry, 1 loghat Terengganu: BLOZA

Aslkm kawan2... ntah nape tiba2 nk buat entry tuk mengulas perkataan dlm loghat terenganu...hihi... tu tanda rindu sgt nk balik Marang la tu.. ekpong lama sgt doh dok balik kappung.... :)

Oleh, stret to de poing.. BLOZA.. sape tahu ape itu BLOZA???? Cok..cok..cok... (Chops la tu...) Sebelum kita tnya ape itu BLOZA, meh nok ajor pronunciation dia dulu...
BLO + ZA ok?

BLO tu bunyi dia blo.. bukan bunyi 'blow' gitu.. blo... lo tu sebut cam dlm cntoh ayat [ape hal 'lol'?] ok? so jadi BLO bunyi dia blo k....

ZA pulok bunyi dia za la... cam biasa kita sebut za tu... bukan zai or zal or zau... za saja k...

jadinya... BLOZA....

Pastu soalang dia? ape ke mendenya BLOZA tu? hah..tu dia... BLOZA tu sejenis raksasa yg bergerak amat perlahan di jalan raya sehingga menyebabkan jeng teruk jalang... kalu pagi2, mmg sume org maroh la, sbb lambat org nk g kijer pagi2....

kalo dok tahu jugak mende ape BLOZA tu..meh nk tunjuk... tgk bowoh tu...




hah.. ni lah BLOZA... tp ade jugok org panggil 'keh'. 'keh' tu asal dari jenama dia tu CASE..hehehe... org tganu sebut jadi 'keh'...

kalo sebut byk2 kali jadi keh..keh..keh... keawa la pulok....hahaha...

Friday, October 14, 2011

Kisah Teladan Untuk Suami 2

Ini kisah teladan yg kedua...layannnnnnnnnnnnnnnn...

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku
hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di
rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip
kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula
kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargai la isteri anda..
~LB~

Kisah Teladan Untuk Suami 1

Sempena rancangan Wanita Hari Ini cakap topik "BINI KU KULI??" so hari ni nak share citer2 yg yg berkisar cm tu la..diambil dan di share dari FB tuk suka2 tp byk input dan teladan jugak.... jommmm layannnnnnnnn.

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.



waaa... mana isteri ku...



Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.



fuuu.. lega..



“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..



lelaki tu pun berfikir...



Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



hahaha... takde yg nak marah ku...



Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...





Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???



ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!



Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

sile share slpas mmbace agar lelaki tahu mghargai wanita ♥

Wednesday, October 12, 2011

Urusan KWSP dan JPN

Assalamualaikum...

Nak citer hari ni, saya bawak anak sedara ke KWSP cawangan Kuantan tuk daftarkan KWSP dia yg akan bekerja dengan KFC... sehari sebelum tu kami ke Maybank tuk buka akaun... tapi x bole sbb IC dah rosak cip, xbole baca..tapi alhamdulillah hari ni pegi KWSP xde masalah langsung, masalah IC xbole baca itu bole diselesaikan... proses pendaftaran tu sume hanya amik masa dalam 5minit jer... Tahniah kepada KWSP Kuantan...mmg terbaekkkkk....

Lepas tu, kami ker JPN pula, nak tukar IC baru anak sedara tu la... pun sama urusannya sgt cepat dan efisen, amik no jer terus di panggil no kami, then xsampai 5minit sume selesai termasuk amik gambar sekali...so Tahniah jugak kepada JPN Kuantan yg memberi servis yg sgt bagus...

Then,nk citer jugak last month, kami ke Imegresen Putrajaya tuk buat passport Aleesya Humaira.. pun servisnya sgt pantas, xsampai 2jam kami dah dpt passport... cepatkan?? Thanks kpd pekerja yg efisen...

So, tahniah kepada pekerja2 government yg memberikan servis yg amat baik dan efisen...teruskan...

Wordless Wednesday : Saman ekor....

Sunday, October 9, 2011

JOM JOIN!!! "1 minute Simultaneous Breastfeeding" event

Sama2 kita sokong penyusuan ibu jommmmmmmmmmmmm....

Ini saya copy dr sini

JOM JOIN !!! ' 1 minute Simultaneous Breastfeeding ' event

Friday, October 7, 2011

Pulang ke pangkal jalan

hehehe... tajuk suspen jer kan... actually kami tgh bersiap2 packing2 nk balik KTN, dah lama sgt dah merantau ikut hubby sana sini...dah puas dah, then nk kembali ke rutin asal la pulak....

Anak2 going to school, mama yg x kerja ni kene cari kerja la...hehe actually dah ade kerja pun...bisness...seronok...w/pun income xbyk cm kerja sblm ni but so fun sbb leh bersama ank2 dan x rushing kejar masa2.. al maklum la kita kuli, kita la boss kan...hahaha...

So xleh nk lama2 la ni, kan YB Rashiddin bising lak kat bawah sbb dr td x turun2.. maklum la busy melayan customer kat FB...hehe... nmpk gaya, kene pakai smartphone la cm ni...hehehe..

Bisness baru 2minggu dah berangan nk upgrade sana sini kan.... sabar...belajar dari susah dulu kan???

Ehh.. ok la, kita jumpa di KTN lak esok...rindu umah mama tau... Doakan perjalanan kami selamat...

Blogshop baru saya

Alhamdulilah.. dalam duk terkial2 membuat dan mencantikkan blog, akhirnya siap jugak blogshop saya...tu yg kurang entry dua tiga hari ni...hehehe...

Kawan2, sahabat handai, reader2 saya di jemput ke blogshop saya My Sweetheart e-Shop, seperti yg saya bgtau sblum ni, saya nk berbisnes, itu dah mmg minat saya dari dulu lagi.. dulu masa ank sorang dah start bisnes, jual kain pasang, amat memberansangkan, tapi stop bila sarat pregnant ank kedua, suami lak kerja kat laut, so xlarat nk balik kg amik barang, stock baru...

Sekaranbg dah kerja, dah abis berpantang, boring duk umah... nk cari kerja rasa cam malas la pulak bila dah ank 3 ni, rasa nk duk ngn diaorg jer..tp xnk la jadi surirumah jer...xsyok, xde cabaran...hehehe...

Maka berbisnes semula la saya, bermula ngn jual T-shirt nursing skg dh berkembang ngn pakaian kanak2 pulak, insyaAllah akan berkembang lagi, doakan saya dan visit la blogshop baru saya...

Sempena pembukaan blog baru, kami menawarkan discount 10% bagi pembelian sepanjang bulan ni...jadi, jom beli....

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #3: Bayi tua



perasan bayi lagi hehehe...

Wordless Wednesday #2: Bayi comel

 
 
 
 
 
 
hehe... comel cam mama dia kan? kan? kan?.... muahaha...

Wordless Wednesday #1: Bayi Dicampak dr Flat


JUN 2011....
Dicampak dr flat tingkat 5, Sentul


OKTOBER 2011....
Dicampak dr flat tingkat 2, Selayang...



Mukjizat 10 Surah

Saya CP dari FB utk dikongsi dgn semua reader....

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.



Sama- sama kongsi, sama-sama amalkan...insyaAllah utk kebaikan bersama juga... 

Saturday, October 1, 2011

Bertemu setelah berpisah

Ini cerita 2 hari lepas... khamis malam kami bertolak dari Pasir Gudang ke KL.. alhamdulillah hubby ade kerja di KL hari Jumaat so kami bole balik KL awal sehari la... seronok sgt sbb x tahan sudah rindu pada anak sulong mama...

Sehari sebelumnya, si adik Amirul Haziq pun dah mula sebut2 nak abang, tentu rindu sudah tidak tertahan la tu..mama pun cam tu jugak sayang, rindu pada si abang...

Setelah bergilir2 driving papa ngn mama, akhirnya kami sampai di KL jam 230am... hehehe... si Azizul Hakim x tido, dia sedar masa kami sampai...mama peluk dia sepuas hati, baring sebelah dia, lepas rindu... Amirul Haziq tido, xsedar dah sampai...

"Abang, abang rindu mama x?"

xmenjawab hanya mengangguk...

"mama pun rindu abang, adik pun rindu abang. Abang rindu adik x?"

juga x menjawab, mata x bertentang ngn mama... bila mama palingkan muka mengadap mama, mama nampak matanya berkaca, menahan air mata jatuh... sedih... rindu terubat...

"lepas2 ni, jangan x ikut mama lagi, mama rindu sgt abang, ikut jer ke mana mama pergi, ok?" mama berbisik di telinga abang

abang mengangguk...

suasana berubah ceria bila si abang nampak baby Humaira yg papa baru turunkan dari kereta

"ishh... makin bulat la pipi baby ni ma, dah besar dah baby"

si abang meluahkan kenyataan yg menunjukkan dia dah lama sgt xjumpa si adiknya...rindu la tu... :p

sesungguhnya mama x bisa pisahkan mereka lagi cm tu... mereka mesti sentiasa bersama...mama terasa kosong jika salah seorg xde... mama rasa x seronok kalo gi jln2, happy2 jika salah seorg xde....

itu la mama... namun mama happy sgt2 malam tu.bertemu setalah berpisah lebih seminggu...bagi mama itu cukup lama, cukup seksa menahan rindu...

keluar dinner lps papa balik kerja, g open house umh kawan papa, g jln2 kat shopping mall, semua xseronok tanpa salah seorg ank mama....

Si Amirul pun mama x kasi g swimming pool sbb sedih bila tgk dia xde kawan nk main kt swimming pool...

Mama sayang semua ank2 mama dan sgt gembira bila bertemu semula...hihihi....

Iklan jap... :)

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

My 1st hero

Lilypie Kids Birthday tickers

My 2nd hero

Lilypie Third Birthday tickers

My 1st heroin

Lilypie First Birthday tickers