Click here to Shopping at

Monday, January 19, 2015

Surat Untuk Anak Mama, Abang Hakim (Surat Pertama)

19 Januari 2015, Isnin, 1030am....

Abang adalah amanah Allah kepada mama dan papa

Aslkm Abang Hakim...Mama suka panggil abang Hakim sebab mama nk abang jd pandai, kadang-kadang mama suka panggil Azizul supaya abang jadi kuat untuk jadi pengganti mama dan papa menjaga adik-adik...:)

Sekian lama sudah mama berangan - angan menulis surat untuk anak-anak, memori bersama anak-anak mama yg tidak akan berulang kembali. Seperti mahu di bekukan saja masa indah bersama mereka ini, namun ia adalah mustahil. Masa terus berlalu.... begitu pantas sehingga banyak sekali yg mama tertinggal...

Pagi ni, rasa rindu membuak-buak dalam diri mama... rindu kepada Muhammad Azizul Hakim...Maafkan mama, semalam mama berlagak hebat, mama minta abang salam mama, salam papa, salam adik-adik. Mama ckp pada abang, tak usah menangis kerana abang adalah AZIZ... yang kuat... mama sapu air mata abang yang bergenang, mama seperti tiada apa-apa perasaan pun semalam... Setelah semalaman abang di sana, mama terjaga subuh tadi terus teringatkan abang, mama tak jadi sambung tido seperti kebiasaan mama akan curi sedikit masa utk tido lagi. Mama teringat abang, abang mesti dah bangun awal sebelum untuk membaca dan mentadbur Al Quran bersama ustaz dan kawan-kawan. Mama jadi malu sendiri bila teringat abang, mama kejut papa jugak. Selesai semua adik-adik ke sekolah dan ke rumah dan papa ke pejabatnya, fikiran mama terus teringatkan abang... Air mata mama mengalir laju...

Sungguh mama belum puas bermanja dengan abang, mama belum puas masak untuk abang, semua yg mama nak masak. mama nk tgu weekend jer masak dan makan bersama abang. Abang la anak mama yg suka makan yang mama masak... :) Abang suka donat, suka spagetti, suka sup, suka bawak bekal g sekolah, sekarang mama tak tahu nk masak apa pagi-pagi... Mama rindu abang, tak puas peluk cium Abang, mama masih rasa Abang masih anak kecil mama, rupanya 9tahun dah Abang.

Abang, memang terlalu muda untuk abang tinggal di asrama tetapi mama dan papa tidak mahu bertangguh sedikit pun untuk abang belajar Al Quran dan mula menghafal kalam hebat itu. Tiada yang mustahil, mama dan papa yakin abang boleh. Mama dan papa sentiasa doakan abang. Abang lah harapan mama dan papa untuk memimpin kami ke syurga kelak. Mama dan papa tidak mahu gagal dalam mendidik amanah Allah ini. Abang milik Allah, kami di beri pinjam abang untuk menguruskan supaya abang menjadi hambaNya yg taat dan patuh suruhanNya. Imam Syafie berjaya hafal Al Quran pada usia 9 tahun dan mengeluarkan fatwa pertama pada usia 15 tahun. Wpun mama tidak sehebat ibu Imam Syafie, namun mama mempunyai keinginan yg sama dgn ibunya, ingin anak menjadi muslim yg akan menyebar luaskan Islam ke serata dunia.

Sebagai langkah pertama, kami menghantar abang ke madrasah ini supaya abang boleh belajar Al Quran  dan menghafalnya dgn lebih baik dan fokus. Abang, yakin lah kita akan bahagia jika kita belajar Al Quran. Jika Abang mengejar dunia, akhirat abang pasti tertinggal, namun jika abang mengejar akhirat, dunia akan datang bersama abang. Jadi kejarlah ilmu untuk bekalan akhirat supaya abang mendapat kedua-duanya, bahagia dunia dan bahagia akhirat, kaya dunia dan kaya akhirat... insyaAllah... Mama sayang abang, semua sayang abang. Abang belajar lah bersungguh-sungguh. insyaAllah adik-adik akan mencontohi abangnya yg hebat. Pesanan mama, jangan sombong dengan ilmu yg kita ada, sehebat mana pun kita, ilmu kita ibarat setitik air dari lautan, begitu sedikit jadi tidak perlu sombong dan takbur dengan apa yg kita ada, semua ini hanya pinjaman, ia kekal milik Allah. Betulkan niat kita belajar kerana apa? kerana Allah, untuk mendapat redha Allah..insyaAllah Abang akan bahagia...


Mama sayang abang, jadilah anak yg soleh. No word can describe mmg mama sangat rindukan abang, wpun belum cukup 24 jam abang di sana, walaupun jarak abang tak sampai 1 marhalah pun dari mama. Mama rindu abang, mama sayang abang...









No comments:

Post a Comment

Iklan jap... :)

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

My 1st hero

Lilypie Kids Birthday tickers

My 2nd hero

Lilypie Third Birthday tickers

My 1st heroin

Lilypie First Birthday tickers