Click here to Shopping at

Sunday, June 19, 2011

Salam Jumaat : Betapa Mudah & Sulitnya...

Saya copy dr email Salam Jumaat yg saya terima mgu ini... sama2 kita berkongsi...

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!
 
Betapa lamanya kita rasa melayani Allah selama lima belas minit;
namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem 1 jam.
 
Betapa sulitnya untuk kita mencari kata-kata ketika berdoa (spontan);
namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang.
 
Betapa asyiknya kita apabila pertandingan nyanyi dipanjangkan waktunya;
namun kita mengeluh khutbah di masjid lama sedikit dibaca dari biasa.
 
Betapa sulitnya untuk kita membaca satu muka Al-qur'an setiap hari;
tetapi betapa mudahnya kalau membaca 10 halaman dari pelbagai facebook, blogs & websites setiap hari.
 
Betapa beria-nya orang duduk di barisan depan dalam pertunjukkan menarik, konsert atau hiburan lara;
namun lebih senang berada di saf belakang ketika berjemaah di Masjid
 
Betapa sulitnya untuk kita menyediakan waktu untuk solat 5 waktu;
namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu saat terakhir untuk events yang menyenangkan.
 
Betapa sulitnya untuk kita mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an;
namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.
 
Betapa mudahnya untuk kita mempercayai apa yang ditulis dan disiar disurat khabar & TV
namun betapa mudahnya kita lalai apa yang dinasihatkan oleh Al-Quran.
 
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya
namun betapa beraninya kita melengahkan untuk menghadapNya disaat dan selepas azan bergema.
 

2 comments:

Iklan jap... :)

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

My 1st hero

Lilypie Kids Birthday tickers

My 2nd hero

Lilypie Third Birthday tickers

My 1st heroin

Lilypie First Birthday tickers