Nice to share this....
Tahukah Ibu?
~ Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih. Sel darah
putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk
memakan kuman.
~ Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A
(igA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum
matang, mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.
~ Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan.
~ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan
anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan
menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!
~ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.
~ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.
~ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah, curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.
~ Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun).
~ Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan
bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada
penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada
kaunselor atau pakar laktasi.
~ Penghasilan susu bergantung
pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan
BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.
credit to : Kak Engku Bidan Bersalin FB
~ Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan.
~ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!
~ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.
~ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.
~ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah, curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.
~ Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun).
~ Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.
~ Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.
No comments:
Post a Comment