Click here to Shopping at

Saturday, January 1, 2011

Rezeki di tahun 2010

Saya mulakan dengan sebahagian kecil petikan di ambil daripada Zaharuddin Abd Rahman di website beliau www.zaharuddin.net

MAKSUD REZEKI DALAM ISLAM
Bagaimana sebenarnya maksud rezeki di dalam Islam?
Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam.  Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.

Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pemurah, suka saya berkongsi pengalaman saya sepanjang tahun 2010, apabila di flashback semula dari awal tahun, bermacam2 rezeki Allah turunkan kepada kami. Saya sekadar berkongsi, insyaAllah saya tidak termasuk dalam golongan orang yang riak.

Saya bercerita dari mula...pengalaman membuat Master pd Jan 2007 dengan berstatus isteri dan ibu adalah pengalaman yg amat sukar untuk dihadapi, namun Allah Maha Penyayang, Dia kurniakan suami yg sgt supportive, keluarga yg memahami, ank yg sht dan kwn2 yg baik. Pada masa tersebut  rezeki tersebut tidak disedari, tdk dihargai, yg terlihat kesusahan, kepayahan, semua dirasakan ujian yg hebat dr Nya, ditambah pula, mndpt SV (supervisor master) yg sgt busy orgnya.. perasaan jeles dgn rakan2 lain yg mndpt SV yg ambil tahu, SV yg byk membantu, perasaan mrh pd SV mbuak2, tensen.. Namun Alhamdulillah Dia masih syg kan hambanya, masih mngingati Dia dikala tensen.. itulah hikmahnya apabila tensen, sekurang2 kita igt akn Dia...
Awal 2007 membawa ke akhir 2008, master masih terumbang ambing, 4 semester makin berakhir, slps ini yuran perlu dibyr sendri, tiada lagi sponsor, Dec 2008 pula, bakal menerima cahaya mata kedua... bebanan master yg belum siap ibarat batu besar diatas kepala... 2008 berakhir.... kini  dengan 2 chy mata, yuran tdk ditanggung lg, harus bekerja utk menampung yuran pengajian, lg sekali Allah Maha Pemurah, rezeki kerja ditempat belajar juga, namun makin susah utk bahagi masa, dgn 2 ank, nk siapkan thesis, kerja, suami di rantauan.... amat perit tapi demi master, aku harus habiskan, malu pada keluarga, malu pd suami, malu pd ank2 andai master sy setengah jln...
2009..penuh dugaan.. sehingga 1 @ 2 am masih dirumah SV utk siapkn thesis, 8am harus masuk kerja dgn uruskan 2 org ank, rezeki Dia lg, dikurniakan ibu mentua yg sgt mbntu..setiap hr, 5 kali sehr, aku berdoa agr thesis ini segera SIAP, SUBMIT...tapi itulah hikmahnya, andai thesis SIAP awal, adakah aku masih mendekatkan dr dgnNya? belum tentu...namun ia tdk disedari pd masa itu, thesis pending sehingga akhir 2009... SV pergi mengerjakan haji pula, pending lg.. tahun baru 2010 bermula...Sesungguhnya perancangan Allah sgt indah, sgt teratur, tiada siapa menyangka.. 
Dia pending sbb Dia nak bg sekaligus di tahun 2010:-
1) 19 March - Alhamdulillah, thesis submited...speechless, almost 3yrs waiting for this...
2) 18 April - Company tmpt kerja saya berjaya registered...insyaAllah, permenantly kerja disini, xperlu susah2 cr kerja lg
3)    May - Process refinance rumah selesai, dpt sedikit lebihan, utk siapkan rumah umi di kg
4) 9 July - Viva master dengan sgt2 mudahnya...dijangka 2jam, namun hnya 35mnt, dipermudahkan olehNya, setelah susah pyh menyiapkan thesis hmpir 3thn
5) 9 Sept - Rumah umi di kg siap, Allah makbulkan lg umi sy dpt beraya di rumah baru dia..Alhamdulillah
6) Oct   - tercapai impian, Convo with hubby and my 2 heroes..semua ini rezeki dr Nya
7) Nov  - Rezeki lagi.. rezeki paling besar... tdk disangka-sangka... positive bakal tmbah pewaris ke3...insyaAllah

Ya Allah, sungguh byk kurniaanMu, sungguh besar rahmatMu, ampunkan hambaMu ini, dikala terlupa akan Mu Ya Allah.. sesungguh, hambaMu ini sgt berasa malu, tiada setimpal kurniaan yg Kau berikan dengan apa yg hamba Mu ini laksanakan... Ampun kan aku Ya Allah...

Kepada pembaca semua, nilai sebaik2nya, carilah seluas2nya, pasti tidak terhitung kurniaanNya pd kita, samada kita sedar atau tdk...sama2 berkongsi...

No comments:

Post a Comment

Iklan jap... :)

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

My 1st hero

Lilypie Kids Birthday tickers

My 2nd hero

Lilypie Third Birthday tickers

My 1st heroin

Lilypie First Birthday tickers