Click here to Shopping at

Sunday, July 31, 2011

Sejak bila suka kucing nih??

Kami sampai kat kg malam td kul 1130pm...ini la aktivit my heroes, since mlm td (mama mmg dh selamat zzzzzz dah) bdk berdua tu xtido main ngan kucing... yang menjadi kemusykilannya, diaorg berdua sgt tidak suka kucing, tgk kucing comel cm ner pun, diorg xpernah amik pot pun..buat xtau jer, siap sepak2 lagi...

TETAPI, segalanya berubah sejak malam td...mama bgun pagi, tgk tisu bersepah2..menurut Tok Umi diaorg, tisu bersepah sbb diorg main tisu tu ngn kucing, kucing tu sgt aktif, suka menangkap... memandangkan Azizul dah suka sgt ngn kucing tu, maka mama pun...

"abang, kasi la nama kt kucing tu..bang pilih la nama yg abang suka.."

"kita kasi nama Nur Aleesya Humaira la" *grrr..ade ke patut nk kasi nm kucing sama ngn nama adik dia, smpai hati*

"abang kasi la nama yg pendek, ringkas dan sng nk igt cam PUTIH ker, COMEL ker"

"emmm.. kasi nama COMEL la"

"pasni, panggil kucing tu COMEL la ek"

Tapi diorg tetap panggil kucing jugak.. dh mmg xbiasa main kucing cm tu la...

Pantang kucing tu hilang dr pandangan mata, mesti cari.. agaknya kucing tu pun tensen ngn bdk ber2 tu, asik peluk n pegang dia jer..

Jom, tgk gmbr2 diorg ngn kucing tu...

 tgk la ni.. kemana2 pun bwk kucing tu...

 kene kemas main pun, bwk kucing...

 ini la kucing tu... ssh tul nk amuk gmbr dia dr depan, asik gerak jer...

 si adik first time pegang kucing..sengih2..

 sengih lagi...heeeeeeee

 tgk tu, sgt la aktif kucing ni, xduk diam... pnjt sna, pnjt sni... xsempat nk amik gmbr dia..

haaaaa..... akhirnya dpt gak snap gmbr dia... comel x?

nk tgk ke aktifan kucing tu....saksikan.... 




seronokkkkkkkkk sgt diorg dpt balik kg sbb leh main, main, main dan main... Mama pun bg green light, main la nk main selagi xmain yg bahaya dan xjauh dr pandangan mata mama...bukan sng mama nk kasi green light tuk main tau... main, main jgk..homework xleh skip tau..hehehe....

Sharing : Sempena Ramadhan

Assalamualaikum....
Sempena Ramadhan yg bakal menjelma malam ini, saya ingin memohon maaf andai terdapat coretan sy yg menyakit hati atau menguris perasaan.... dan sempena itu jugak saya nak sama-sama berkongsi sedikit mengenai Ramadhan...



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan
puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia
tidak melakukan  hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.



Semoga amalan puasa dan segala ibadat kita diterima olehNya..insyaAllah..

 
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA ......

Saturday, July 30, 2011

Aleesya & Abang Ilol

huh... 3jam Aleesya dera mama mlm ni tau... tempoh paling lama dia merengek, mama pun pelik, dia ni x ngantok ke merengek lama sgt ni...1130mlm - 330pg dia merengek..tgu papa n ucu2 dia sampai agaknya... tp akhirnya dia tertido 10minit sebelum papa dia sampai...huhu..

sementara nk tido ni, nk update citer malam td la, sbb gmbr dh leh transfer dah...hihi...

Malam td, dlm duk mama sibuk nk tidokan si Aleesya, tiba2 sorang budak ni datang menempel nk tido skali.. mama suh dia tido bilik dia tp last2 sampai pagi tido ngn mama n Aleesya...mama risau je takut terpenyek si kecik Aleesya tu...

ni la budak yg menempel tu... Muhammad Amirul Haziq a.k.a Abang Ilol or Abang Haziq...hehe...

 Bantal as border tp xselamat jugak..  anytime dia bole langgar tu...

 Tapi mama suka tgk dia berdua ni...comel jer tido..hehe...

ok la, nak tido daa... dh kul 4, esok xleh bgun lmbt sbb nk balik kg, nk balik sambut puasa kt kg..hihi cm leh puasa jer kan..

Friday, July 29, 2011

Aleesya meragam ker mengada ni?

Malam ini seperti kebanyakan malam sebelum Aleesya demand lg.. Nak tido meniarap atas perut mama seperti berikut....


Jadi sekian dulu entry tuk kali ni, sbb dia dh sedar dan meraung tu bila mama turunkan dr atas perut mama a.k.a tilam empuk mengalah tilam dunlop...hehe


My Heroes Dialog The Series: Laju sket..

Kali ini versi Amirul Haziq berdialog la pulak... dialog dia biasa2 jer, tp nada dia berdialog tu bole buat org pecah perut nk gelak, bole buat org rasa..alahai sweetnya, bole buat org kecian sama dia... Jom kit alayan dialog yg yg xleh blah...

Tadi mama nk bawak si Aleesya ke klinik, check up dia tuk 1st month old.. So mama ikut skali Mak tok hantar diorg dulu sekolah, then baru la ke klinik... Dalam perjalanan ke sekolah, adalah sekor "ketam" diatas jalan a.k.a jentolak...so paham2 la kelajuan "ketam" tersebut...bila kete dah slow akibat ikut bontot "ketam" tu.. maka Amirul Haziq pun bersuara la...

"Mak Tok, bawak la laju sket.."

Hamboi2 suka suki dia jer suh Mak Tok bawak laju2...pastu...

"Mak Tok xpandai bawak laju, papa je pandai bawak laju"

Bole cmtu lak statement dia, mama pun cuba mengacah dia...

"Ye ker papa pandai bawak laju? Mama pandai bawak laju x?"

"x, mama pun xpandai bawak laju, papa je pandai bawak laju..."

So, kesimpulannya... korang simpul la sendri yek...


Apasal lak ngn bluetooth nih??

ishhh... dah hari ni busy semacam jer, skg br ade masa nk bermesra ngn my lappy...dan di ketika keazaman dan kerajinan meng up date blog membuak2 ni la, halangan menjelma....huhu

Td g klinik hantar Aleesya 1st old check up, pastu g sekolah my heroes byr yuran last month..hihi.. then balik umh Aleesya meragam sket sbb kene inject td...

skg dh ade masa nk up date blog, bluetooth lak wat perangai, xleh nk transfer gmbr la pulak... buat entry xde gmbr mmg la xsyioookkk... huhu... suem gmbr maik tru hp jer, mmg xde cable nk transfer, card reader lak xde adaptor size memori hp...cm ne nih???

xpe la, buat entry yg terlibat ngn gmbr tersebut la dulu yek... actually byk jer lagi citer2 yg lum di upload hehe... jom layan entry seterusnya...

Thursday, July 28, 2011

My Heroes Dialog The Series: Mama pam susu

Sedang mama prepare nk pam susu, mama br perasan botol air mama kat dapur la pulak.. mmg jadi kebiasaan, masa pam susu, mesti mama nk minum... so mama pun mntk tolong ngn Azizul Hakim amik botol air mama...

MAMA : Abang, tolong amikkan air mama sayang...

A.HAKIM: Ok , mama...

Azizul pun hantar botol air ke mama seraya berkata..

A.HAKIM : Mama, kalo mama minum air masa pam susu, nnt susu mama yg keluar tu cair la sbb bercampur ngn air masak yg mama minum nnt...

MAMA  : Ye ker? @#$%$#@^&%...

itu la kesan akibat byk tgk TVIQ, backyard science and experiment bagai...

Salam Jumaat : Bidadari Syurga Di cemburui??

Kisah ini saya perolehi dari email, suka saya berkongsi bersama.. mungkin ade dikalangan kita yg sudah pernah membacanya, bagi yg belum, sama2 kita kongsi k.. Semoga menambah semangat tuk kita sume beribadat, lebih2 lagi Ramadhan bakal menjelma..insyaAllah...




“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting.


Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.


Apa puncanya sampai jadi macam tu?


Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”


Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan
mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.


Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?


Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.


Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).


Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j


Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” …mungkin itu yang mereka kata.

“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )

“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi,
dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang
terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian.. MARILAH MENUJU KEJAYAAN !!!

So, kaum wanita sume, berusaha anda untuk menjadi ketua bidadari agar suami anda di ngorat bidadari syurga nnt..hehe..

Aleesya Jaundice

Sorry... ni kira cerita dah basi dah la.. tp entry baru tau.. cerita jer, cerita lama...hehehe... biasa la mama ni xsempat nk update sebelum ni... 

Day 4- Nurse datang uamh check baby nk mama... mama sihat, sume ok.. tp Aleesya dinasihatkan ke klinik tuk check jaundice menurut nurse tu, mata dia nmpk cm kuning sket... so esoknya Ahad, mama n papa bwk la Aleesya g klinik... cian tau kene cucuk kat tapak kaki amik darah sket tuk check bacaan jaundice dia... skali dpt result 8.9 (ntah ape unitnya ntah, dlm 150++ gak la). Mama xtau sgt pasal bacaan jaundice ni sbb 2 ank sblm ni xkene check for jaundice pun.. ni 1st time... bby girl lak tu.. cian ank mama tau... pastu nurse ckp bacaan tu agak tgi, better dtg lg esk tuk tgk bacaan lagi... cesss... igt dtg tgk bacaan cm tu je ker.. setiap kali nk tahu bacaan tu, kene cucuk kaki baby amik darah tau..sakit dia...ishhh....
Isnin mama n papa bwk aleesya g klinik lg, yg kali ni mama nangis dgr Aleesya nangis masa nurse cucuk amk darah tu...huhu... sedih tau, dh 2kali kene... yg lagi tensen, bacaan dia jauh lbh tgi dr sblum nya... 12.9 (200++) ishh... betul ke x machine dia tu???? sbb kalo tgk secara fizikal, sebelum tu nmpk lg kuning mata dia, compare yg hari ni... mama dh tensen ni... ni nk kene g hospital duk bawah UV tu ker? arghhh...mama sgt xcaya ngn result tu la.. mama rs machine tu dh x accurate dh bpe lama x calibrate tu.. guna je kot... 
Pastu nurse suh g bwk baby jumpa doktor, so kami tunggu la turn kami tuk jumpa doktor kat klinik tu jugak la, skali doktor check sana, check sini, bukak baju baby, half naked Aleesya tau...hehe.. pastu doktor ckp "emm.. xde ape la, bole balik ni, xde kuning la..."  see... kan saya dah cakap, machine tu dh xbetul keluar result tinggi..hik..hik..

Dua hari pastu, nurse dtg lg visit baby kat umah, saya citer yg doktor ckp tu... siap nurse tu pulak bebel kat doktor..hehe.. dia ckp "doktor tu suka amik mudah, w/pun bacaan tinggi..." masalahnya kalo kita tgk fizikal nya pun mmg xde kuning, hny slightly jer... Nurse tu suh lagi g klinik tuk check lagi, tp kami xg pun..hehe...

Then nurse lain lak datang visit kat umh, nurse yg ni pun ckp, "ok dah ni..cuma kene kerapkan nyusu badan jer.."

Lepas pada tu, Aleesya xde jaundice lagi dah..sume sht..Alhamdulillah... 

Jom layan gambar Aleesya sekeping dua...:)

 nganga tido sehh...

 on de way nk ke klinik tuk check jaundice la ni...

 tido lagi... maunya x jaundice...

see.. tido lagiii... membesarkan pipi la tu...kikiki...

Seronok tulis blog Aleesya tido, abang2 dia lak still kat school..hari ni depan balik lmbt sbb ade taekwando...seronok la mama...hehe..

ok, see u next entry k...

Kisah Saya dan Pam Susu :) Part 3

Aslkm.... hai... konon nya nk sambung terus part 3 mlm td, tp biasa la puteri saya sorang tu, mlm2 mmg dia masuk shift tuk kerja..kerja mengada2...nk tido mama pelok ajer dia..last2 mama pun tertido jgk ler...hihi..

td igt nk mandia kan, skali dia tido semula lak..so sempat la mama up date dulu entry ni.. :)

ok, jom kita share lagi pasal mengepam susu...saya nk citer dlm seminggu saya duk pam susu ngn hasil 5-7oz setiap sesi tu skali dia drop jd 3-4oz jer...emm.. saya dah mula mushkil bercampur risau ler ni... awat jd cm tu ek...?

saya duk pikir-pikir..satu persatu, cara pemakanan, kekerapan mengepam, water intake, supplement intake... saya rasa sume sama jer, xde perubahan...
- saya mengepam 1 atau 2 kali sehari jer sbb bby dh mmg minum direct, yg di pam tu disimpan ajer. Saya pam awal sbb cik b slalu bengkak sbb my bby minum sket and kalo saya xpam out susu tu, nnt my bby minum direct dia tersedak2 sbb susu byk, dia xpandai control..cian dia..skali tersedak..merah muka...
- water intake saya, 2-3L sehari, mmg cm tu pun sblm ni, xde kurang pun. tp sebaik2nya MESTI 3L sehari hihi...kdg2 xcukup gak...tp sy kerap minum air manis(air berperisa la, cm chocolate drink or cereal spirulina) sbb slalu rasa cm nk minum air manis..
- pemakanan saya sama jer, nasi, sayur, buah...tp 2,3 hr tu sy dh xmkn lobak putih sbb dh hbs stok lobak putih kt umh.. adakh itu punca susu saya kurang?
- supplement Shaklee, saya amik cam biasa, xpenah miss tau... patuh...bagus x? hehehe...

drpd faktor2 diatas, apakah punca susu saya berkurang? hampir 48jm sy duk pikir tau...hihi... siap kira jam tu... 

saya pun cuba disiplin, water intake mmg cukupkan 3L/day, pastu pam lebih kerap, tp xbes pam kerap pun sbb skali dpt skit, mula la nk rs give up tau... lobak putih sy lum mkn lg sbb asik lupa nk pesan kat mak suh beli..hihi..

pastu...ting tong! terpikir la oleh saya, yg beberapa hari tu sy asik minum cappuccino drink.. kan sy ckp sy rs nk minum manis ajer, so boring ngn chocolate drink n cereal spirulina, saya selang2 minum cappuccino.. adakah ia puncanya???? saya pun try stop minum cappuccino..then result 2hr pastu, susu saya increase semula... yess!!!! maka puan2 sekalian, bg ibu yg bf, jgn la amik minuman cappuccino or yg berkafein sbb ia terbukti bole mengurangkan susu bdn anda... sekian saja saya nk citer dlm part 3 ni..hehe...

tp nk citer jgk la, start hr ke 25, saya dh mula ajar ank saya minum tru botol..alhamdulillah, 1st time suap botol tu mmg dia nk minum, xde tolak2.. bagus la ank mama ni... then, dia pun xde la pulak yg mama punya jugak... so skg saya kene lagi rajin mngepam la, every 2jam saya pam, sbb nk kasi dia tru botol, n same time saya buat stok jgk, sbb nnt kan sy nk start keje ke ape ker, sng stok dh byk...lagi pun nnt bulan puasa, mana la tahu susu menurun ker, just back up la kan... 

so skg, siang hari aleesya minum tru botol, then mlm , mama kasi chance la tido berkepit ngn mama sambil nyonyot kan...hehe... sbb mlm2 ssh sket mama nk melayan lappy ni, sbb dia nk tido atas perut mama sambil meniarap... sabar je la kan...

eh..lupa lak...ni hah..gmbr aleesya minum guna botol...hehehe...layannnnnnnnnnn.....


comel x??? hehe.. bby hat tu saje je pakai sekejap...pastu xdenya dia nk pakai sbb panas sgt kat umh ni...

ok, jumpa lagi next entry...dah siap entry mama, Aleesya masih tido...hehehe... bagus2..nnt kul 130pm mama kene mengepam lagi...

Kisah Saya dan Pam Susu :) Part 2

aslkm kawan2... hehe.. seperti yg dijanjikan dlm entry sebelum ni, entry kali ni saya nk citer kisah saya dan pengalaman mengepam susu..hih.. tu pun nk citer ker??? sape yg tahu pengalaman sy, baca la.. xnak saya xpaksa..saya sekadar pengalaman saya utk dikongsi bersama jer...

ok, straight to the point..

Masa kali pertama mengepam mmg sakit cik b sbb dia tgh membengkak, tp susu yg kuar sikit jer..saya dpt hny 2oz..bby dh direct feeding, dh kenyang..so susu tu saya simpan la..setiap kali pump mmg dpt 2oz je la, tp bg saya yg mmg slalu susu xbyk, 2oz tu dh kira byk la... pastu same time sy tny kwn2 yg dh biasa, dia ckp mmg awal2 mengepam dpt sikit... so sy x pressure la susu yg hasilkan tu 2oz jer..

then saya pun simpan ler susu tu, but..... plastic yg sy isi tu leh muat 6oz, tp siap sesi sy dpt 2oz jer..plastic tu pulak mhl sy beli RM34.50/20pcs..sgt xberbaloi la plastic semahal itu tuk isi 2oz susu, plastic tu lak xleh recycle tau... saya fikir, kalo berterusan cm tu, mmg sgt xberbaloi... ini la satu lagi kesilapan sy yg xcukup info pasal simpan susu, rupanya susu yg dipam dlm hari yg sama bole dicampur tp mesti dicampur pada suhu yg sama... that mean, 2oz yg pertama, simpan temporary dulu dlm freeze, then bila pam lg, sejukkan dulu then cmpur yg td br masukkan dlm plastic storage bag.. so xde la satu plastic isi 2oz jer kan... selesai tuk masalh itu.. solution kedua, survey milk plastic storage bag yg murah la.. sy jumpa brand Autumnz RM30/75pcs kat e-mumshop. So far, compare to other blogshop, e-mumshop ni antara yg murah la product dia, delivery murah dan cpt...saya suka..hehe

Selesai la masalah pam dan storage... saya nk citer lak kuantiti susu yg saya pump.. pada 1-3 hari pertama mmg itu la amaun susu yg sy perolehi...tp ia makin meningkat pastu, jd 4oz, pastu naik jd 5oz, 6oz dan pernah cecah 7oz.. alhamdulillah...saya happy sgt... tempoh mengepam sy kejap jer.. dlm 15-20 mnt jer.. terus terang sy ckp, sy sorg yg malas nk pam susu, tp nekad nk full bf, sy rajin jgk, sbb tu sy cuba elakkn tempoh mengepam yg lama dan cuba maintain hasil susu yg di pam tu byk.. jika tempoh pam lama dan susu hasil sikit, sy takut sy mudah give up... tp so far alhamdulillah... Pd pndpt sy, tempoh mengepam sy cpt sbb pam yg sy gunakan tu sgt efisen dan hasil perahan saya byk sbb susu sy mmg byk...hehehe... xde la, saya nk citer lak nnt, ape yg sy makan dan ape yg sy xbole mkn tuk maintain jumlah susu ni...

Pemakanan saya seharian... mngikut org dlm pantang la ni yer... saya minum air 2-3L/day.. nsi sy kurang makan sbb kurang selera tapi sy akn pastikan sumber protein sy amik dgn byk dgn mkn ikn seekor/day (agk besar sizenya), sayur yg byk dan buah wajib mkn (tp buah oren je la yg bole dimkn skg ni), satu lagi lobak putih hari2 sy mkn tau, naik muak 2mgu..hr2 sayur lobak putih mesti ade dlm menu...huhu... dan saya juga amik suplement Shaklee...hihi... oppsss satu lagi, setiap hr sy mkn kurma, kuantiti ikut suka la..tp dlm 5-10bj/day rsnya.. so saya xpasti la makanan yg menjadi faktor utama dlm penghasilan susu sy ni..

hehe.. ade pun gmbr ni hah...
ini la menu yg saya mkn tau.. kalo ikn besar tu, sekali meal jer abis sekor, so dua kali sehari mkn nasi, jd 2ekor kalo ikn bsr tu... kalo ikn bsr lagi, sy mkn separuh2 jer la setiap meal...hihi...

pastu mesti ade buah... pastu mesti ade air ubat..tp slalu ngelat..ngeh3x... saya amik Set Bersalin Nona Roguy, Akar herbanika tu salah satu le tu, rendam dlm air panas then minum anytime jer la..lagi kerap. lagi bagus.. itu pun bole tambah susu jugak katanya...

xbest kan kalo bc entry panjang sgt kan... tp ade mende lagi nk citer.. kenapa lps 2mgu mengepam dengan kuantiti yg byk, tiba2 susu saya merudum turun kuantitinya... nnt sy share kat part 3 la pulak...hehe...

Wednesday, July 27, 2011

Kisah Saya dan Pam Susu :)

Aslkm... entry kali ni saya nk share citer pasal pam susu ibu.. saya ni w/pun dah ank ke tiga tp bab pam2 susu ni, saya masih beginner... ank2 sebelum ni, saya hanya bg direct jer, ank kedua tu, ade jugak keinginan nk pam susu buat stok time g kerja...tapi itu la...saya lack of knowledge about this... so i am failed!!

So utk ank ke 3 ni, sy mmg nekad nk full bf..so masa pregnant lg dah sy dh dptkan info pasal bf dan sy joined group2 ibu mnyusu dan pegi dgr talk diorg pasal bf... mmg bykkkkkkkkkkkkk sgt info br yg sy dpt..insyaAllah kali ni sy berjaya la hendakNya..

Alhamdulillah, ank ke3 sy dpt bby girl, mmg agak ketara perbezaan menyusu bby boy and girl, bby boy sgt kuat mnyusu berbanding bby girl kurang mnyusu..so kisahnya bermula di sini...
Bila bby sy kurang mnyusu, my cik b never empty sbb bby minum sket jer... so my cik b membengkak dan sgt sakit, so sy cpt2 order pump yg mmg sy dh aim dan booked tu tuk pump out susu sy ni...

 ini la pam yg sy beli..double electric pam AVENT, mungkin ade org ckp ia agak mahal berbanding pam-pam lain... betul.. tp kenapa saya memilih pam ini?? sbb sy pernah guna pam AVENT yg manual tuk ank kedua, ia sgt selesa dan susu keluar dgn laju, memandangkan pengalaman sebelum ini, sy jenis org yg xde susu sgt, sy takut la kalo pam jenis lain, susu sy yg sikit ni xkuar terus...jd sy xmahu lg tukar2 pam nnt, so sy beli yg sesuai ngn sy terus w/pun agak mahal tp harap ia berbaloi...

 saya zoom sket gmbr kotak ni, ni masa br sampai la ni, saya beli kt Mudah.com. Kat situ saya leh dpt pam ni dgn harga yg jauh lebih murah berbanding harga dia yg sbnr kat kedai iaitu dlm RM2K ++, jgn terkejut saya boleh dpt dgn harga RM1K + RM 40 (postage) dgn sebulan waranty, and ianya new product...

saya pun pd mulanya tkut tertipu jgk, so sy n hubby g jumpa ngn seller dia ni, kat Melaka, Kim nama dia, mmg dia baik dan product dia mmg product baru, so saya booked till sy deliver bby, br sy byr dan dia terus pos..esoknya sy terus dpt..alhamdulillah..

 ini beg nya yg dlm kotak td... cantikkan? eklusif sgt nmpk kan?hehe... cm beg mak datin...hihi...

 cam ni isi perut beg tu... yg bulat tu motor tuk pam ni, ade wayar2 nya dan segala botol masih kt dlm beg bahagian atas tu.. kalo nk detail leh tgk kt google jugak...hihi...

 ini milk storage bag tuk isi EBM (susu yg dh dipam), plastic bag ni saya suh my hubby belikan tuk simpan EBM dlm peti, maklumla peti umh sy cenonet je size nye..so xleh la nk smpn dlm botol byk2 sbb nnt amik ruang yg byk pulak, plstic bag ni mahal sgt..huhu..maklumla xsempat nk survey2 sbb nk guna urgent kan..so beli je la mana yg ade jual...

ini antara susu yg sy dpt selepas sesi memerah...hehe... xsama byk kan..hihi.. actually bukan terus dpt byk cm ni tau, ade kisah lak disebaliknya... nnt next entry sy citer pasal pengalaman saya as beginner memerah susu lak yer...

ok la, see u next entry k...


Sharing : Ibu yg Benar-Benar Mithali

Aslkm.. hari ini saya nk berkongsi kisah seorg ibu, w/pun xde kene mgena ngn hari ibu, xsalah rasanya saya nk berkongsi kisah ibu sbb kita patut sayang dan menghargai ibu kita setiap masa dan setiap saat...
Mungkin dah ade di antara pembaca yg dh baca kisah ini, tp xsalah kita refresh smg dgn itu menambah kasih dn sayang kita pada ibu kita dan lebih menghargai pengorbanan mereka..insyaAllah....


PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah.

Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu. 


 

Sedih kan kisah ini, betapa kasih seorg ibu itu... adakah jika kita menjadi, kita akn setabah itu??? ape pun pengorbanan sorg ibu, hargai lah pengorbanan IBU...

DIMANA AYAH DAN IBU ANDA SEKARANG?
TELAH BERTANYA KHABAR MEREKA HARI INI...?
HARI INI SUDAHKAH ANDA SEDEKAH AL-FATIHAH UTK IBUBAPA ANDA YANG TELAH PERGI?
AYAH DAN IBU ANDA PASTI MERINDUI ANDA SEKARANG…
DAH BERAPA LAMA ANDA TIDAK PULANG KEKAMPUNG MENJENGUK IBU? NAK TUNGGU RAYA BARU NAK BALIK?
JANGAN SAMPAI KITA MERINDUI NYA HANYA SETELAH KETIADAAN NYA NANTI
ANDA JUGA ADALAH/ATAU AKAN MENJADI IBU BAPA KEPADA ANAK2 ANDA…
LAYANLAH IBUBAPA ANDA SEBAGAIMANA ANDA MAHUKAN ANAK2 ANDA MELAYAN ANDA NANTI…

Iklan jap... :)

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

My 1st hero

Lilypie Kids Birthday tickers

My 2nd hero

Lilypie Third Birthday tickers

My 1st heroin

Lilypie First Birthday tickers