Kali ni nak share topik pasal BF jugak, satu lagi artikel yg saya jumpa berbincang punca yg hampir sama dgn topik Halangan dlm Penyusuan Ibu yg post last month..Saya suka share yg ini sbb punca2 dan alasan ini mmg pernah saya alami akibat dr kekurangan ilmu dlm BF...
Edited article from Mommy Lyna, credit to her...
“Dah buat macam2, dah makan macam2, dah berurut.. tapi susu masih kurang”
"Susu ade cukup2 jer, bila pam nk buat stock bila nk start keje xde susu...." (ini la kata2 saya yg tdk berilmu pd ms tu..)
Tapi xpernah saya tanya diri ini..
"Berapa kerap saya menyusukan bayi? Bagaimana saya tahu susu ibu yang saya hasilkan tak cukup?”
Ini adalah kesilapan terbesar seorang ibu yang berhasrat untuk menyusukan anaknya – tidak menimba ilmu penyusuan susu ibu sebelum mula menyusukan anak. (betul kenyataan ini, semoga ia tdk berulang lagi utk ank seterusnya)
Apabila tidak mendapat ilmu yang sebenarnya, kita lebih senang membuat anggapan (just like MITOS, spt yg saya tulis sblum ini)
- Anggap penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
- Anggap ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja terus susu memancut-mancut macam air paip.
- Anggap diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
- Anggap tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
- Anggap setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.
Ini antara kesilapan saya juga...
"Tidak mendapat akses untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya tentang penyusuan. "Malah, biasanya bila kita cari maklumat tentang ‘cara membanyakkan susu’, kebanyakan petua yang diberi lebih kepada pemakanan untuk membanyakkan susu, urutan dan sebagainya;"
dan hampir tak ada (merujuk kepada petua2 tersebut) yang menyebut tentang:
- Menyusukan bayi seawal setengah jam pertama kelahiran.
- Susu awal atau kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina antibodi si manja.
- Kerapkan menyusu bayi untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya.
- Banyaknya susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan mengepam bagi menghasilkan demand ini. (Dua point terakhir ni yg sy xtau, xde ilmu pd masa itu)
Secara tak langsung ia membuahkan salahtanggapan terhadap ibu-ibu baru yang kekurangan akses kepada maklumat yang betul (biasanya website2 pejuang susu ibu dan buku2 tentang penyusuan ibu).
Ini juga di antara salah tanggap saya...
- Mula mengambil makanan penambah susu ibu sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
- Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu baru nak mula menyusukan bayi.
- Memulakan episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak menyusukan bayi dengan susu ibu
Semoga kali ni mmg betul2 berjaya, InsyaAllah... ok kawan2..tQ kerana sudi membaca entry ni...
No comments:
Post a Comment